Assalamualaikum
SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan
perhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah
satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan
kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15
otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah !!!
SENYUM juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia. Kebanyakkan
SENYUM adalah jangkitan. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik
kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan
memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita
tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah kepada orang yang
tidak anda kenali hari ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya
membina rangkaian persahabatan........ Apa yang anda kehendaki akan
lebih cepat diperolehi dengan SENYUM. Semasa bekerja, semasa belajar,
SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan. Bila berhadapan
dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya."
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wirawan mmg ske SENYUm...
bukan kah senyuman itu satu sedekah??? huhuhu