Boikot Hotel Renaissance.

3 comments - Post a comment

Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung.

Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.
Kata beliau, tindakan pengurusan hotel terbabit yang memberikan pelbagai `tekanan' seperti menghalangnya daripada datang ke tempat kerja jika memakai tudung turut memaksa beliau membuat keputusan berhenti kerja pada 17 Februari lalu.

``Mereka (pengurusan hotel) bimbang jika saya datang kerja dengan bertudung, ia akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk berbuat demikian,'' katanya

Menurut Habsah, isu itu mula timbul apabila beliau memohon untuk bercuti setelah mendapat tawaran mengerjakan haji pada bulan Disember lalu.

Bagaimanapun katanya, permohonan untuk bercuti bagi menunaikan haji walaupun tanpa gaji ditolak dan hanya diluluskan lima hari sebelum beliau bertolak ke Tanah Suci.

``Dalam pertemuan dengan pengurusan tertinggi hotel, saya juga diberikan `gambaran' supaya berhenti kerja jika ingin mengerjakan haji,'' katanya.

Habsah berkata, sekembalinya daripada mengerjakan haji, beliau yang sebelum itu mendakwa `terpaksa' membuka tudung ketika bertugas memutuskan untuk memakai tudung ketika masuk kerja pada 9 Februari lalu.

Ekoran keputusan itu katanya, beliau telah dipanggil pengurusan hotel terbabit dan diberikan kata dua sama ada membuka tudung ketika bertugas atau berhenti kerja.

``Sebagai orang Islam, bila mereka suruh saya buka tudung, saya rasa seolah-olah mereka suruh saya berbogel,'' katanya yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan.

Sementara itu, Hotel Renaissance menjelaskan, langkah Habsah Jaafar meletakkan jawatan sebagai pengarah akaun hotel tersebut bukan disebabkan beliau tidak dibenarkan memakai tudung.

Sebaliknya dalam kenyataan kepada Bernama, hotel tersebut menegaskan, peletakan jawatan Habsah itu ekoran hal antara beliau dengan hotel yang sulit dan tidak boleh didedahkan demi menghormati Habsah.

Oleh itu, menurut kenyataan berkenaan Habsah boleh memilih untuk kembali bekerja dengan memakai pakaian semasanya.

Dalam kenyataan dua muka surat bagi menjelaskan isu itu, Renaissance Kuala Lumpur berkata, sebagai sebuah hotel antarabangsa, ia mempunyai kakitangan dari segala peringkat masyarakat dan pihak pengurusan menghormati kepercayaan, agama dan tradisi setiap individu.

 
This Post has 3 Comments Add your own!
Anonymous - 3:11 PM

kat situ ramai mat saleh...so maybe dia xnak akak tudung mencemarkan imej hotel tu..arghh!!! gila!!! kat malaysia pun ada diskriminasi camnih..aku bom kang arr!!!!

Noushy Syah - 6:02 PM

emmmm....kat UK mat Salleh Omputih jati pun tak kesah kalau sesiapa nak memakai tudung kepala jika yg Islam selagi bertugas seperti sepatutnya...Msia Oh Msia!!! kenapa yea?

anfield - 4:49 AM

faza
jgn ikutkn perasaan,nnti kesannnya satu dunia penganut islam dcop terrorist.rase2 msti ader cara lain utk mengatasi perkara nie.

noush
ye ker?bukan ke kat UK ader rasicm...

our government must act on it...

Post a Comment