JODOH???...hehehehehe

No Comment - Post a comment

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia beradatidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauhdarinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betuldan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukananda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti"magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untukmencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orangdi dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekahdan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayangterhadapanda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membencianda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemudengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalamkeadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yangterpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajahdan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakalpasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputikpadabila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersediauntuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkanhubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang danhasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secaraberterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakanhasratkepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakanperasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalanwalaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hatidan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadapbakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepadaminat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baruberkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasaselesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakalpasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkanorang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benciterhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidaktertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalandengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidakmaterialistik (ah ah ah), mudah berterima kasih dan redha dengan setiappemberianlelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlahterlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang adapada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakalpasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuhkemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan adaperbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifatyangsaling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang andasering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasianadalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentukhubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaandaripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikapterhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lainjika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepadakucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadapsesuatu kejadian atau peristiwa â€" sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenaihubungan â€" tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentukciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalamdiri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akantertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantumengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan.Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna danberkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangananda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawankepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidaknampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudahtertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yangoriginal untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarangpujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaanbakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakanyang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasaistimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlaluhandsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilahkecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dankeyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman â€" bersopan santun,suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai danperibadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasabersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkansifatperempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbangrasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifatlelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti machoyang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktivitiyang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yangberkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daribertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak ataumenunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaikmemutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabardan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada faktadan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkanunsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapadia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat.Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untukdia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas danobjektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci danbanyak yang tersirat.

 
This Post has No Comment Add your own!

Post a Comment